Kematian Theodora (isteri Justinianus I)

Kematian Theodora dicatat oleh Viktor dari Tunnuna tanpa punca yang pasti tetapi istilah Yunani yang digunakan sering diterjemahkan sebagai "kanser". Theodora mangkat pada 28 Jun 548, pada usia 48 tahun,[38] namun sumber-sumber lain melaporkan bahawa dia mangkat pada usia 51 tahun.[39] Catatan yang terkemudian sering mengatakan ia disebabkan oleh kanser payudara tetapi laporan asal tidak menyatakannya begitu. Sebaliknya, istilah "kanser" mungkin merujuk kepada "ulser bernanah atau tumor ganas".[38] Jenazahnya dikebumikan di Gereja Para Hawari Suci di Konstantaniah, kini Masjid Fatih, Istanbul. Semasa perarakan pada tahun 559, Justinianus menziarah dan menyalakan lilin untuk makamnya.[40]